Pengasas Entrepreneurs Development Institute Sdn. Bhd. – syarikat yang membangunkan program keusahawanan, latihan dan pembangunan sumber manusia yang telah melahirkan lebih 30,000 graduan di peringkat Diploma.
Pengasas Urban Ecolife Agrofarm dan Yayasan Permakultur Ecolife yang berusaha untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar dan pengeluaran makanan menerusi teknologi ELIT
Ahli Jawatankuasa Penasihat Persyarikatan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri (Mantan)
Pemegang Amanah : Yayasan Pendidikan Khalifah (YPK) yang mempunyai institusi pendidikan Khalifah Model School (KMS) di peringkat sekolah rendah & menengah dengan 300 pelajar sepenuh masa
Pengasas Positive Islamic Psychology / Khalifah Method & Integrative Healing. Badan Amanah yang memfokuskan kesihatan holistik dan kesejahteraan bagi umat islam dan manusia sejagat dengan menggunakan pendekatan protokol Positive Islamic Psychology & Islamic Integrative Healing (IIH).
Naib Presiden Persatuan Kebajikan Kampuchea (Mantan) yang aktif membina lebih 100 masjid,surau dan tahfiz dan membantu masyarakat Islam di Kampuchea.