KOMADU: KONSORTIUM AGROFARM LEBAH MADU MALAYSIA PROJEK CSR / KEUSAHAWANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Projek ini dikendalikan oleh Urban Ecolife Agrofarm, Yayasan Permakultur Ecolife, Entrepreneurs Development Institute Sdn Bhd, Ecolife Integrated Technology Sdn Bhd bersama Yayasan Tahfiz An-Nisaa(YTAN). Hasrat projek ini insha’Allah adalah :
  1. Membantu mengatasi masalah kepupusan lebah madu yang telah 70% pupus di seluruh dunia. Dengan melaksanakan Projek Agrofarm KOMADU, ianya akan dapat meningkatkan nisbah lebah madu untuk kesejahteraan alam sekitar. Jika kita membiarkan lebah madu ini terus pupus, manusia juga akan terkesan dan menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan. Lebah madu adalah polinator utama dunia yang berperanan menghasilkan bekalan makanan manusia sambil mengekalkan ekosistem dunia.
  2. Membantu masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia dalam melatih mereka untuk menjadi Penternak Lebah Madu (Beekeepers) dan juga membekalkan Log / Hive lebah madu. Mereka boleh membuka Agrofarm Lebah Madu di kawasan pinggir hutan yang bersesuaian. Ini adalah projek usahasama KOMADU dan masyarakat Orang Asli tempatan.
  3. Melatih pelajar-pelajar dan lulusan Tahfiz seluruh Malaysia untuk menjadi Penternak Lebah Madu (Beekeepers). Pihak Tahfiz juga boleh  membuka Agrofarm Lebah Madu di kawasan yang sesuai secara usahasama bersama KOMADU. Yayasan Tahfiz An-Nisaa(YTAN) akan membantu dalam projek usahasama ini. Projek ini akan membantu meningkatkan pendapatan serta kewangan setiap Tahfiz.
  4. KOMADU akan menjadi “1 STOP CENTRE” untuk mengumpulkan serta memproses madu tulen untuk dijual di pasaran Malaysia serta luar negara (berdasarkan kajian hampir 80% madu yang diedarkan di pasaran adalah madu palsu).
  5. Sebahagian daripada keuntungan aktiviti KOMADU akan diinfaqkan untuk membina Sekolah Menengah Khalifah Model School di Salak Tinggi, Selangor. Projek ini dikelolakan oleh Yayasan Pendidikan Khalifah (Khalifah Education Foundation / Khalifah Model School diasaskan oleh Almarhum Prof. Muhammad Al-Mahdi Jenkins).
  6.  

Insha’Allah kami mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan usaha murni ini.